Ejen Hartanah Malaysia

cerdik hartanah
Briefing

Tentang Saya

Perunding Hartanah secara sepenuh masa sejak tahun 2016 dengan lesen REN 23636 yang menguruskan jual beli rumah, tanah dan kedai di seluruh Malaysia

Syahidani Suhaimi
Tentang Syahidani Suhaimi

Perunding Hartanah Profesional

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Syahidani Suhaimi. Saya anak sulong dari 8 orang adik beradik. Berasal dari Kuala Terengganu dan kaklong sertai kerjaya Real Estate Negotiator (REN) sejak 2016 pada pertengahan tahun di Ipoh, Perak.

Bersandarkan sijil ijazah undang-undang saya berhenti dalam bidang guaman dan mula berdaftar secara full time di syarikat Oriental Realty cawangan Ipoh.

Beberapa tahun pengalaman sebelumnya beri sikit kelebihan untuk saya bantu dan bimbing orang baru ketika itu. Maka 2018 saya mula buka pasukan bimbingan pada awal Januari tahun sama. Kini sudah 4 tahun bina pasukan dari fresh dan zero kepada hero.

Walaupun bina pasukan, saya tak pernah tinggalkan skop kerja sebagai REN untuk menjual/menyewakan pelbagai jenis hartanah.

Dalam kesibukan uruskan sale sendiri dan membimbing team, alhamdulillah saya sentiasa masuk carta jadi TOP REN setiap quarter pada tahun 2018-2019. Maka dari situ berpeluang terima banyak award. Dari Rookie Award hingga Ruby Award.

Terkini saya menguruskan pasukan bawah Realtors Haven Properties. Fokus utama saya adalah melahirkan perunding hartanah yang berjaya mengubah ekonomi sendiri jadi lebih baik.

Semuanya lebih kepada teamwork dan membina pasukan untuk berjaya buat jualan jutaan ringgit setiap bulan.

Kami hanya mahu membina pasukan bersama mereka yang benar-benar komited, berdisiplin dan sanggup berjaya bersama-sama kami. Lesen dan tindakan menjadi keutamaan kami.

  • Pelajar undang-undang dari UUM Sintok.
  • Menguruskan pejabat Synergy Consultation di pejabat beralamat 15A, Medan Istana 2, 30000 Ipoh, Perak.
  • Menguruskan lebih 200 orang ejen hartanah dengan modul lengkap
  • Untuk HASIL KERJA, saya uruskan lebih 1000 fail hartanah.
Hubungi Saya

Hubungi Ejen Hartanah

Hubungi Saya Sekarang Untuk Dapatkan Khidmat Ejen Hartanah Berdaftar

Hubungi Ejen Hartanah